Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah kembali hangat dengan kontroversi yang terpalit ke atas diri beliau apabila seorang individu wanita mendakwa bahawa beliau tidak memulangkan baju tajaan.

Individu yang hanya dikenali sebagai Alya Shafira itu telah mendakwa Nonny masih tidak lagi memulangkan baju tajaan yang ditaja individu tersebut hampir dua tahun yang lalu.

Individu tersebut juga mendakwa bahawa Nonny bukan sahaja tidak memulangkan baju tersebut sehingga ke hari ni namun turut menunjukkan sikap kurang baik beliau terhadap Alya Shafira.

Alya turut menunjukkan bukti-bukti ‘screenshot’ perbualan beliau bersama Nonny dengan memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik beliau.

ss nonny

ss nonny 2

Tidak kurang daripada itu, Nonny turut membalas dan membidas dengan kata-kata pedas beliau kepada Alya melalui Insta Story milik beliau.

nonnynonny 2

 

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group