Intan Liyana berasa terkilan kerana terdapat sesetengah pihak yang menuduh beliau sebagai seorang yang suka mencari publisiti murahan dan mengejar glamor dengan menjaja kisah perkahwinannya.

Beliau menjadi buah mulut orang ramai kerana kisah perkahwinannya yang hancur setelah suaminya, pemuzik Ude Wahid berkahwin secara rahsia dengan pelakon Izreen Azminda dan susulan itu beliau telah diceraikan.

Berikutan isu tersebut, kebanyakkan netizen menzahirkan rasa simpati terhadap Intan dan susulan itu Intan menerima pelbagai tawaran sebagai model muslimah serta menjadi duta produk.

Menurut wawancara BH Online, Intan tidak menyangka bahawa ada pihak yang menganggap beliau seperti menagih publisiti murahan dan gila glamor sedangkan beliau tidak menagih semua itu, termasuk perpisahan yang berlaku.

Intan juga mengatakan bahawa beliau bukanlah seorang selebriti sebaliknya beliau masih Intan yang lama.

Mulut tempayan kita boleh tutup, mulut orang kita tak boleh tutup, biarlah apa yang orang nak katakana, diharap Intan akan tetap tabah menghadapi segala cabaran yang mendatang dan dimurahkan rezeki.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group