Pihak Jabatan Pendaftaran Negara telah mengesahkan bahawa pihak mereka tidak menerima sebarang permohonan tentang perubahan status jantina pada kad pengenalan yang didakwa dimohon oleh usahawan kosmetik, Nur Sajat.

Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin, pihak mereka tidak pernah menghalang permohonan mana-mana individu untuk menukar jantina pad kad pengenalan namun ia perlu diselidik dan diteliti mengikut prosedur yang betul.

“Dalam proses permohonan penukaran jantina (pada kad pengenalan), ada beberapa aspek yang akan dilihat, iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor.”

Datuk Mohamad Razin berkata lagi, kategori diragui yang dinyatakan oleh doktor di dalam sijil kelahiran adalah perkara yang diambil serius dalam penukaran status jantina pada kad pengenalan dan sekiranya jantina lelaki ataupun perempuan telah dinyatakan ianya sememangnya jantina yang telah disahkan oleh doktor sendiri, permohonan itu secara automatik akan ditolak oleh pihak JPN.

Makan makanan kecAntikan❤️❤️❤️ Aloy mak mak ka🙏🏽

A post shared by NUR SAJAT 02 (@nursajat02) on

“Sekiranya jantina individu berkenaan (yang memohon menukar jantina pada kad pengenalan) disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka boleh mengemukan permohonan untuk memilih salah satu jantina yang lebih dominan apabila sudah dewasa.”

“Kalau dalam sijil lahir mereka, jantina adalah lelaki, maka kami tidak akan menerima permohonan individu berkenaan untuk menukar jantina sebagai perempuan dalam sebarang dokumen.”

Berhubung dengan isu Sajat yang mengatakan beliau pernah memohon untuk penukaran status jantina pada kad pengenalan, beliau yang ditemui di NSTP enggan membahas lebih lanjut berkaitan isu tersebut kerana bagi beliau ada hal yang lebih penting yang perlu difikirkan.

Pihak JPN sendiri memaklumkan bahawa permohonan untuk menukar status jantina pada kad pengenalan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh malah perlu mempunyai dokumen yang kukuh yang boleh mengizinkan sesetengah individu menukar status jantina mereka.

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group