Pelakon Sofi Jikan mengakui bahawa tidak mendapat sebarang tawaran berlakon dan beberapa projek ditarik balik serta kebanyakan rakan lari dan menjauhkan diri disebabkan beliau terkesan isu penyalahgunaan dadah.

Beliau mengatakan selepas timbul kes tersebut, beliau susah mendapat tawaran berlakon dan projek yang beliau dapat sebelum ini terbatal dan pihak terbabit mengarahkan beliau menulis surat untuk menarik diri.

Selain itu, beliau juga merasakan bahawa nama beliau seperti disenarai hitam walaupun tiada hitam putih dan beliau juga tidak boleh terlibat dalam sebarang program di kaca TV.

#evocoin #KASISENGAT

A post shared by Soffi Jikan Kasi Sengat (@soffijikankasisengat) on

Beliau juga mengatakan bahawa hubungan beliau dan Datuk Farid Kamil tidak baik dan disebabkan tindakan Farid menyebabkan beliau kehilangan segala-galanya.

Jika benar ada pihak yang menyenarai hitam Sofi Jikan disebabkan oleh isu tersebut, mungkin boleh mempertimbangkan semula dan semoga Sofi Jikan tabah dalam menghadapi dugaan ini.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group