Baru-baru ini, kisah cinta antara seorang peragawati popular di Thailand, Nutchanart Chaichan dan Wutthichai Saeng-ngern yang bekerja sebagai pemandu tuk-tuk dan pendapatan tidak lebih 500 Baht (RM61) sebulan menjadi buah mulut orang ramai.

Setelah mengenali Wutthichai Saeng-ngern selama 5 tahun, Nutchanart Chaichan meluahkan rasa cintanya di laman sosial Facebook.

model3-1376×1032

Menurut Nutchanart Chaichan, walaupun mereka berbeza, tapi mereka saling menyayangi dan dia tidak menyesal memilih Wutthichai Saeng-ngern sebagai teman lelaki walaupun dia sering disindir kerana memilih lelaki tidak berharta.

Dia bahagia disamping teman lelakinya malah bangga kerana teman lelakinya berusaha dan tidak pernah merungut walaupun penat bekerja.

Kebahagiaan itu tidak terletak pada harta dan semoga Nutchanart Chaichan dan Wutthichai Saeng-ngern akan bahagia selama-lamanya. Mungkin cerita ini akan menjadi inspirasi kepada anda diluar sana untuk tidak putus asa memiliki cinta. Jika berusaha dan ikhlas pasti individu yang kita cinta akan terharu.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group