Fizo Omar atau nama sebenar Wan Hafizul Wan Omar, telah berkahwin dengan Mawar sejak 10 November 2013 namun terpaksa menunggu 4 tahun untuk memperolehi cahaya mata pertama mereka.Mereka yang begitu teruja untuk menerima ahli baru dalam keluarga sehingga sentiasa membeli baju bayi setiap kali mereka pergi ke setiap tempat.

Pada 29 Disember 2017 , mereka dikurniakan cahaya mata perempuan dan diberi nama Wan Maryam yang kini sudah berusia tujuh bulan berkat kesungguhan dan doa kepada Allah.

anakfizoomar

Baru-baru ini , Fizo Omar memuat naik gambar puterinya di instagram miliknya berkata puterinya itu menukar baju hampir lebih 10 kali dalam satu hari disebabkan baju-baju ini terkumpul sejak lima tahun lalu ketika awal perkahwinan mereka.

Mummy pulak yg semangat pakaikan baju ducati utk Cik Yam teman daddy layan #dutchgp hari ni. . 5 tahun lepas masa Daddy ngn Mummy honeymoon di Italy excited sgt nak beli baju baby, setiap tempat kami pergi benda yg wajib beli adalah baju baby.biasa lah pasangan yg baru kahwin semuanya excited nak dpt baby dan selalunya tak tggu lama nak dpt zuriat. . Hari demi hari menunggu sehinggalah masuk tahun ke4 perkahwinan, tak dapat juga zuriat.macam2 cara di cuba dan ikhtiar.perasaan saya sgt yakin yg satu hari Allah akan izinkan kami utk berzuriat.baju baby tak yah ckp lah, confident je beli dah mcm ada anak ramai je kt rmh tu. . Tak pernah give up mahupun stress dgn soalan "bila nak dapat anak?"…doa dan terus berdoa,akhirnya Allah izinkan bila dia tahu kami sudah bersedia utk jadi parents. . So tak heranlah kalau mummy dia tukar baju Cik Yam ni 1 hari sampai lebih 10 kali,sebab stock baju ni dah kumpul hampir 5 tahun dah. . Daddy plak,bila tgk Cik Yam pakai baju yg kami 'confident' je beli dulu,buatkan saya rasa bersyukur dan meraikan kemenangan bersabar yg susah utk sya explain erti kepuasannya. . #wanmaryam #cikyam #fizomawar

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Setiap usaha yang kita lakukan pasti akan ada pengakhiran yang baik.Fizo Omar dan isterinya boleh dijadikan contoh kepada pasangan kahwin yang lain supaya terus berusaha dan sabar dalam mendapatkan zuriat dan selebihnya berdoa kepada yang Maha Esa.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group