Pelakon, Nad Zainal atau nama sebenar Farah Nadia Binti Zainal Abidin telah memberi penjelasan awal di media sosial mengenai tindakan beliau merokok di hadapan komputer riba sebelum terjadinya kecaman netizen.

Beliau menjelaskan bahawa beliau bukan seorang perokok dan sangat benci bau rokok tetapi beliau terpaksa merokok untuk menjiwai watak lakonan beliau dalam telefilem terbaru beliau iaitu Luwak Kretek.

Kebanyakan netizen memuji dan menyebelahi Nad Zainal berkaitan isu beliau merokok itu dan mereka berpendapat itu semua hanya untuk menjiwai watak semata-mata dan menjelaskan juga Nad Zainal bukanlah seorang perokok sebenar.

[email protected] x merokoklah, masa k.nur jd CL d rmhnya selama 2 mggu tu x de tanda2 perokok dlm rmh dia, bau asap rokok pun x de yg melekat dlm rmh, itu trpaksa dlm lakonan jer.. lah nmpk mcm realkn!! tulah ciri2 pelakon yg hebat, blh menjiwai apa jua watak”.

Tengok gaya pun macam pandai isap rokok. Cuba kau bagi budak 6tahun pegang pen lepas tu tunjuk cara orang merokok confirm die ikot. So artis kita ni seorang artis pandai berlakon. Lupa ke yang korang follow ni artis sebenarnya? kalau die bukan artis mungkin boleh la nak kecam. Ini terang terang memang artis ‘berlakon’ je lah kejenya. Haduhhh susah orang kita sekarang ni.”

Berikut sedikit komen positif daripada netizen yang menyebelahi Nad Zainal setelah terdapat sesetengah netizen yang turut mengecam beliau.

Sebagai seorang pelakon, sudah menjadi tanggungjawab mereka semua untuk menjiwai sepenuhnya watak yang dilakonkan sama ada watak baik mahupun watak jahat.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group