Kalau sebelum ini Reem Rahim ditegur kerana berpakaian seksi di Greece, Ameera Khan, adik Neelofa yang dikenali sebagai Little Miss Khan pula ditegur netizen apabila memuat naik gambar sedang bersenam di gim yang menampakkan perutnya di laman sosial Instagram beliau semalam.

Ruangan komen di gambar tersebut dibanjiri netizen yang menegur penampakan perut beliau oleh kerana memakai pakaian yang tidak cukup kain.

Love a good outfit to workout in • @topshopmalaysia 💓

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan) on

Isu pemakaian yang dipakai oleh selebriti mahupun Insta Famous selalu menjadi perhatian netizen, jadi sebagai public figure haruslah berhati-hati dalam mengenakan busana untuk dimuat naik di laman sosial.

Nak bergaya tak salah tapi haruslah mengambil kira pandangan netizen kerana netizen sekarang banyak yang menjadi pengkritik fesyen.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group