Pelakon dan juga pengacara popular, Neelofa telah selamat menjalani pembedahan sinus awal pagi tadi dan hanya memaklumkan ia setelah selesai menjalani pembedahan tersebut melalui Instagram Story beliau.

neelofa 1 neelofa

Neelofa menjelaskan kepada peminat dan umum bahawa beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk merisaukan sesiapa tentang keadaan beliau dan bersyukur kerana telah beransur pulih sedikit demi sedikit.

“Saya telah menjalani pembedahan sinus pagi tadi, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancer.”

“Saya memohon maaf, saya tidak bermaksud untuk merisaukan sesiapa, saya telah beransur pulih sekarang.”

Pada malam sebelum pembedahan, Neelofa turut memuat naik sebuah video melalui Instagram Story beliau menunjukkan beliau berada di wad sebuah hospital.

Perkongsian beliau itu membuat rata-rata netizen risau akan keadaan beliau dan mendoakan agar beliau cepat sembuh.

“Moga cpt sembuh my love @neelofa ..I’m worry about u but I know u r the strongest women❤️”

“Get Well Soon @neelofa

“Salam bih, i saw your stories, sayang are you okey x, did you got hospitalized, what happen sayang 🧐”

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda! 

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!

 

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group