Datuk Norman Abdul Halim menafikan filem animasi Wheely meniru filem Cars yang pernah ditayangkan tidak lama dahulu.

Filem Wheely mempunyai jalan cerita yang berbeza berbanding dengan filem Cars, menurut Norman.

Filem animasi itu mengisahkan mengenai sebuah kereta bernama Wheely yang bangkit daripada kekalahan dalam perlumbaan kereta.

Bagi Norman, ianya merupakan satu kejayaan besar apabila filem tersebut mendapat tempahan untuk ditayangkan di 100 buah negara seperti China, Korea Selatan, Ecuador, Iceland, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Bagi anda yang belum menyaksikan trailer filem Wheely, ayuh saksikan sebelum filem ini ditayangkan.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group