Kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum kali ke-14 (PRU14) disambut gembira oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk artis-artis tanah air. Sebelum kemenangan Pakatan Harapan, hanya beberapa artis yang lantang dalam menunjukkan sokongan terhadap skuad Tun M seperti Fathia Latiff dan Farid Kamil.

Paling menyedihkan apabila kelantangan dalam menunjukkan sokongan terhadap pembangkang ketika itu menyebabkan mereka disisihkan oleh rakan artis yang lain. Menurut Farik Kamil, ketika itu dia sedar tidak ramai rakan yang menyokong perubahan yang diimpikannya. Tambahnya keadaan tersebut menyedarkan beliau siapa kawan yang betul-betul menyokong beliau dan sebaliknya.

Namun setelah pengumuman Pakatan Harapan sebagai kerajaan baharu Malaysia, ramai pula ‘lalang’ yang kembali berkawan dan mengucapkan tahniah kepada dirinya. Namun tidak semua artis lalang, mereka cuma diugut apabila terlalu lantang menunjukkan sokongan antaranya Rozita Che Wan atau Che Ta.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group