Datuk Seri Aliff Syukri dikritik netizen supaya berhenti menyanyi setelah dia memuat naik video ketika sesi rakaman lagu barunya di Indonesia.

Berikutan bakatnya tidak diterima di Malaysia, dia ingin mencuba nasib di luar negara sebagai seorang penyanyi dikecam oleh netizen kerana suaranya sumbang dan tidak mempunyai bakat sebagai penyanyi.

Baru-baru ini, dia dan Nur Sajat berangkat ke Indonesia untuk merakamkan lagu terbaharu mereka. Diawal kemunculan mereka dengan lagu Abang Nak Tegur sebelum ini mendapat jumlah β€˜dislike’ yang banyak di YouTube dan ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk berkarya.

Jika seringkali mendapat kecaman tidak mempunyai bakat, mungkin Aliff Syukri boleh ikuti kelas vokal dulu jika ingin menjadi penyanyi. Ambil segala kritikan netizen sebagai satu motivasi untuk perbaiki kelemahan. Mungkin duit Aliff berkepuk sampai tak tahu nak buat apa, jadi anda tengok je lah, jika tak suka tak perlu tengok pun.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group