Baru-baru ini tular di laman sosial Facebook mengenai kontroversi yang membabitkan Aliff Aziz meminjam sejumlah wang daripada seorang usahawan muda yang dikenali sebagai Rashidi Ramli.

Rashidi Ramli membuat kenyataan tersebut di laman sosial Facebooknya mengatakan bahawa Aliff Aziz meminjam wang dan berjanji untuk mempromosikan produk miliknya.

Dia berasa kecewa dan tertipu dengan tindakan Aliff kerana enggan memulangkan duitnya dan promosi produk yang dijanjikan selama lapan minggu juga tidak ditunaikan.

Menurut Rashidi, setelah mendapat wang, Aliff bersikap mendiamkan diri dan sukar dihubungi.

Apa-apa pun semoga isu ini dapat diselesaikan segera. Harap Aliff Aziz dapat tampil memberikan kenyataan balas. Apabila berhutang ingatlah untuk melunaskannya.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group