Pelakon, Zahirah Macwilson baru-baru ini telah diberi pelbagai pertanyaan oleh netizen berkait dengan lakonan beliau dalam Jangan Benci Cintaku.

zahirahmacwilson_37333701_2105238936411917_7218441115072987136_n

“Ramai yang terkesan dengan watak yang saya bawa. Mereka hantar mesej melalui Instagram untuk tanya pendapat, malah ada yang kongsi kisah mereka yang hampir sama dengan watak yang saya bawakan.”

Beliau yang membawa watak Fika dalam drama tersebut terkejut dengan penerimaan netizen mengenai watak yang dibawa beliau yang menampilkan perwatakan Feeqa dari sudut yang positif dan rata-rata netizen ingin menjadikan beliau sebagai rujukan dalam isu hubungan rumah tangga meskipun beliau masih belum mendirikan rumah tangga.

“Saya tak sangka drama itu akan mendapat sambutan dan trending di laman sosial.”

Zahirah Macwilson berkata, lakonan beliau berjaya kerana ia sangat memberi kesan kepada penonton dan menyatakan bahawa beliau tidak mampu menjadi seperti watak Fika sekiranya mengharungi perkara tersebut dalam dunia sebenar.

“Ini bermakna lakonan saya menjadi. Tapi realitinya, saya seorang yang kuat dan tak rasa boleh jadi macam watak Fika dalam dunia sebenar.”

Penonton di luar sana jangan lupa menonton drama Jangan Benci Cintaku yang menampilkan Zahirah Macwilson dan Saharul Ridzwan menerusi slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 petang.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group