Chef Adam Mohamed Ismail atau lebih dikenali Adamdidam, baru-baru ini dikecam teruk oleh netizen gara-gara mengiklankan krim tangan yang dirasakan tidak berpatutan dengan harganya di Instastory milik beliau.

instastory adamdidam

Adamdidam dikecam kerana meletakkan harga yang agak mahal dimana RM100 untuk satu unit sehingga dikatakan melampau oleh netizen ke atas produk krim tangan dari England itu.

Netizen yang mengatakan perkara tersebut menjelaskan produk krim tangan kebiasaannya hanya dijual dalam lingkungan harga RM10 namun sekiranya Adamdidam meletakkan harga dalam lingkungan RM20 ataupun RM30, masih boleh dikatakan berbaloi tetapi meletakkan dengan harga RM100 untuk seunit itu agak keterlaluan bagi produk seperti itu.

“Tak logik langsunglah. Krim tangan tu RM10 je. Kalau nak mark up 20 ke 30 tak pelah… 50 pun okay lagi, ni sampai 100. Nak kata kos bawa balik tak masuk akallah sampai 100.”

“B**** mahal dia jual… agak-agaklah nak mark up pun. Mesti ada jawapan coverline nanti.”

“Adakah dia bergurau dengan saya? Nak cepat kaya ke? Benda ni dalam RM10 je kot.”

Adamdidam perlu menyelidik terlebih dahulu ‘standard’ harga yang berpatutan untuk sesuatu produk yang akan dijual di Malaysia.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group