Aeril Zafril pelakon dan juga suami kepada Wawa Zainal seringkali melayan peminat beliau di laman twitter dan instagram namun baru-baru ini, salah seorang pengikut twitter beliau telah bertanyakan soalan yang sama sekali tidak masuk dek akal fikiran.

Aeril Zafrel terkesan dengan soalan yang ditujukan kepada beliau supaya menceraikan Wawa Zainal.

“Bape rt untuk kau ceraikan Wawa Zainal,” tulis pemilik akaun twitter @pxcxng itu.

Aeril Zafrel yang berkahwin dengan Wawa Zainal pada 25 Februari 2012 bengang dengan permintaan yang boleh dikatakan “bodoh” kerana meminta “RT” supaya beliau menceraikan Wawa Zainal.

aeril_zafrel_32178353_2040078876231461_7205899900762980352_n

Rata rata peminat Aeril tidak berpuas hati dan memberi komen balas kepada pemilik akaun tersebut.

“Sekat saja ramai-ramai apa b*d*h suruh orang ceraikan bini. Mesti kat sekolah kau ni forever alone.”

“Die nak terkenal sebab itu lah. Haih macam-macam perangai.”

Hal perkahwinan bukanlah hal yang boleh dibuat main, jadi kita harap individu tersebut mengambil iktibar akan perihal yang berlaku ini.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group