Baru-baru ini, Fattah Amin didakwa oleh salah seorang agen MRP bahawa mereka telah dianiayai oleh beliau dalam email yang dikirim ke pihak Beautifulnara.

Dikhabarkan melalui email tersebut bahawa agen-agen sudah banyak melaburkan wang tetapi produk tidak dapat dijual kerana Fattah dikatakan tidak lagi rancak mempromosikan produknya itu seperti sebelum ini.

Sebelum ini, Fattah Amin mengeluarkan produk makanan kesihatan iaitu MRP Sup DIET & Berrytox dibawah syarikat miliknya MRP International SDN BHD dan membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama menjadi usahawan dengan mendaftarkan diri sebagai agen dan memasarkan produk tersebut.

Dakwa pengirim email tersebut juga mereka tidak mahu isu ini dipanjangkan tetapi memandangkan pihak admin pelakon tersebut bersikap lepas tangan dan membiarkan agen menanggung kerugian, maka terpaksa dibawakan isu ini kepada pihak media.

Apa-apa pun, harap Fattah Amin dapat memberikan kenyataan balas menjawab isu tersebut.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group