Aiman Tino mengakui bahawa dia menggayakan barangan berjenama tiruan seperti yang dipaparkan oleh satu akaun Instagram iaitu streetwearbusted menjadi buah mulut orang ramai.

Baru-baru ini kecoh tentang Instagram tersebut yang membongkarkan barangan yang selebriti-selebriti gayakan sama ada tulen atau palsu dan anda boleh baca mengenai itu di sini.

Aiman meminta maaf atas tindakannya mengenakan barangan berjenama tiruan lantas membuatkan ada pihak yang tak suka.

#GVF2018 ✌🏼

A post shared by Manno (@official_aimantino) on

Menurutnya, dia tidak menyokong 100 peratus memakai barangan berjenama tiruan, akan tetapi ada antaranya merupakan pemberian peminat dan bagi menghargai pemberian tersebut, dia mengenakan barang tersebut.

Dia mengakui bahawa ada barangan berjenama yang susah untuk didapati di Malaysia dan dia juga merasakan satu pembaziran untuk membeli barangan berjenama tapi hanya memakai sekali sahaja.

Sebagai selebriti, adalah perlu untuk menyokong produk yang asli dan apa yang anda sebagai selebriti gayakan akan menjadi ikutan netizen. Apa-apa pun bagus Aiman kerana mengakui kesilapan diri sendiri.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group