Pelakon cantik, Emma Maembong atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail baru-baru ini telah menarik perhatian dan sekaligus menyentuh hati netizen setelah memuat naik satu video di laman Instagram beliau yang menghadiahkan sebuah kereta kepada bapa beliau.

Melalui kapsyen beliau, Emma Maembong telah meluahkan perasaan beliau ketika sebelum menjadi selebriti dimana beliau harus bekerja sendiri bermula umur 15 tahun dan ketika itu bapanya hanya seorang pelukis dan sentiasa diajukan soalan kepadanya oleh rakan-rakan sekolah berkaitan pekerjaan bapa beliau.

Dari kecik kawan2 mesti cerita “ ayah aku CEO” “ ayah aku kerja besar” ayah kau emma cuma pelukis je. Boleh hidup ke? Kau plk tak sekolah mcm mana nk jaga ayah kau. Dari umur 15 dah mula berkerja untuk bantu ayoh.belajar membaca sendiri,belajar erti hidup .bila kita berjalan byk benda perlu berlajar sendiri. Byk cabaran dan dugaan tp apa2 pon yg jadi usaha paling penting. And This is for you ayoh. Thank you sbb jaga tima dgn baik. Dari kecik sampai besar. Tima cuma nk ayoh dan mama bangga dgn tima. Hope you like. Love you so much ayoh. I got my cool sport car from @dtcmotors . Kalau nk cari kereta cantik2 dan murah boleh contact dgn @ali_dtcmotors . Thank you ! #emmamaembong #emanizers @emanizers #xdehalbro

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Rata-rata netizen tersentuh dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Emma Maembong.

“Congrats emma, sweet daughter 💋💋💋💖💖. Ayoh surely proud of you.”

“Sedih bila tengok video nie kak Emma hmm.. Congrats kak Emma 😍😍😍😍 @emma_maembongofficial”

“so touching ..semoga trus di beri kesihatan yg baik buat @emma_maembongofficial tuk trus berjasa pada kluarga”

“Siapa tak kenal ayoh…arkitek terkenal dan hebat suatu ketika dulu. Berpuluh biji kereta mewah miliknya… Seniman negara tersohor hingga kini. Really proud of u ayoh pak mail dan tentunya bangga dgn kejayaan @emma_maembongofficial . Big congratulations from us Team Anugerah Telenovela. Go high girl.❤🌹”

Emma Maembong menghadiahkan kereta kepada bapanya sempena ulangtahun kelahiran bapanya dengan wang simpanan dan hasil titik peluh beliau sendiri dan hadiah itu juga tanda terima kasih dan penghargaan untuk bapa beliau, Ismail Embong kerana telah menjaga menjaga dan mendidik beliau sehingga menjadi seperti sekarang.

Beliau yang juga menjadi pemenang Ratu Telenovela Serba Dinamik selama dua tahun berturut-turut sekali lagi telah membanggakan ibu dan bapa beliau dan mencapai impian beliau untuk sentiasa membanggakan mereka.

emma maembong

Syabas Emma Maembong! Teruskan menjadi anak yang baik dan sentiasa membuat ibubapa anda bangga dengan prestasi anda.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group