Alicia Amin kali ini mencetuskan kontroversi apabila mempertkaikan kandungan sebuah buku subjek Pendidikan Islam untuk pelajar SPM mengenai hukuman bunuh terhadap orang murtad.

Menurut Alicia, mengajar pelajar perkara berkaitan agama tidak mengapa tapi mengajar mengenai hukuman bunuh dianggap tidak masuk akal.

Beliau juga mengatakan bahawa sistem persekolahan mengajar akan sex education itu merupakan satu cara untuk mengelak perkara tersebut makin berleluasa tapi beliau juga mempertikaikan akan mengajar mengenai hukuman bunuh orang murtad yang dianggap tidak masuk akal.

Apa-apa pun, mungkin Alicia patut bertanya kepada pihak yang lebih arif mengenai hukum agama dari membuat andaian seperti itu.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group