Pelakon Catriona Ross mendapat pujian dari Dr. Nur Amalina Che Bakri dek kerana dia mengamalkan gaya hidup sihat dan tidak bergantung kepada pil kurus dan makanan tambahan untuk tampil kurus.

Catriona Ross terharu membaca kenyataan Dr. Amalina di laman sosial Twitternya dan dia tidak menyangka yang Dr. Amalina mengikuti perkembangan dia berusaha menurunkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Dia berasa rendah diri dan bersyukur kerana mendapat pujian dari seorang yang profesional dalam dunia perubatan dan dia berharap yang orang ramai boleh mengikuti apa yang dia lakukan dan tidak mengambil sebarang ubat untuk kurus yang boleh membahayakan kesihatan.

Mengamalkan gaya hidup sihat amat penting untuk menjaga kesihatan dan janganlah mengamalkan ubat-ubatan atau pil kurus yang kita tak tahu kandungan dalam ubat tersebut yang mungkin boleh membahayakan kesihatan. Catriona Ross ni memang boleh dijadikan idola pembakar semangat untuk kurus!

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group