Penyanyi lagenda rock Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman,60, bakal menimang cahaya mata yang ke-6. Beliau berkongsi khabar gembira itu di laman Instagramnya dengan memuat naik dua video di klinik.

Posting tersebut disambut dengan ucapan tahniah yang tidak putus-putus dari peminat beliau yang turut tumpang gembira.

Menurut beliau kandungan isterinya kini sudah berusia sebulan. Tambahnya lagi, impiannya untuk menimang cahaya mata pada usia 60 tahun kini tercapai dan memohon peminatnya mendoakan agar semuanya selamat. Tahniah Amy dan isteri.

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group