Tindakan yang diambil oleh pelakon dan suami kepada Fazura menjadi tanda tanya kepada peminatnya apabila beliau memuat naik gambar yang mengandungi pesan Imam Syafie dan menutup ruang komen gambar tersebut. Peminat menyangka mungkinkah ini respon ini diberikan selepas video pasangan ini yang terlebih manja tular di sosial media dan mendapat kecaman dari netizen.

Netizen mula mengkritik tindakan pasangan ini kerana aksi tersebut dilakukan di khalayak ramai pada bulan ramadhan yang mulia. Tambahan pula dengan penampilan Fazura yang sudah berhijab membuatkan mereka dikecam dengan lebih teruk.

Beliau hanya menutup ruangan komen untuk gambar tersebut sahaja lalu menyebabkan pihak yang mengecam dan mempertahankan pasangan ini bertelagah antara satu sama lain di ruangan komen di gambar yang lain pula.

Diharapkan agar insiden ini menjadi pengajaran untuk pasangan ini supaya menjaga tingkah laku walaupun sudah sah bergelar suami isteri.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group