Penyanyi terkemuka Justin Bieber dikatakan bakal berkahwin dengan kekasihnya, Hailey Baldwin selepas beliau dipercayai melamar kekasihnya itu di sebuah restoran di Bahamas setelah hanya sebulan bercinta.

Walaupun wakil Bieber tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung dengan berita tersebut, tetapi ahli keluarga pasangan tersebut menyatakan bahawa lamaran tersebut benar.

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on

Menerusi laman web selebriti TMZ, ketika Bieber melamar kekasihnya di restoran itu pasukan keselamatan Bieber mengarahkan mereka yang berada di restoran itu untuk menyimpan telefon bimbit masing-masing, menurut saksi di sana.

Pasti ramai remaja perempuan dan bekas kekasih Justin, Selena Gomez berasa kecewa dengan berita ini. Semoga hubungan antara Bieber dan pasangan akan berkekalan dan bahagia selalu.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group