Pelakon cilik yang mewarnai drama Andainya Takdir 2 baru-baru ini menarik perhatian orang ramai apabila memuat naik gambar di Instagram yang disertai dengan #fightcancer.

Gambar yang dimuat naik di laman Instagram pelakon cilik ini menunjukkan beliau sedang menggunakann topeng muka dalam keadaan ceria yang menyatakan dirinya sudah menjalani rawatan dan beransur baik.

Sebelum ini umum mengetahui bahawa Balqis menghidapi komplikasi jantung. Pada bulan Mei lalu ibunya, Norashikin mengesahkan Balqis menghidapi komplikasi jantung apabila pelakon cilik ini kerap muntah dan demam yang berpanjangan. Hal ini menyebabkan Balqis terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Diharapkan agar peminat-peminat sentiasa mendoakan pelakon cilik ini untuk kembali pulih sedia kala.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group