Bella Dally baru-baru ini memuat naik video di laman sosial Instagramnya mengenai bagaimana beliau bangkit menghadapi dugaan hebat dalam hidupnya.

Jika kita lihat, Bella Dally kelihatan tabah ketika beliau melalui episod penceraian dalam hidupnya seperti mana beliau tonjolkan di laman sosial beliau, dan berikutan ramai yang bertanya bagaimana beliau boleh kekal kuat dan positif lepas apa yang terjadi akan diri beliau.

Menerusi video tersebut, beliau mengatakan bahawa bukan mudah untuk memujuk diri kembali bangkit, akan tetapi, beliau harus berusaha dan tidak terus-terusan hanyut dalam emosi.

Beliau juga mengatakan bahawa beliau redha dengan ketentuan Allah, menyanyangi diri seadanya, mencari system sokongan dan cuba menjadikan dirinya sentiasa sibuk.

Diharapnya Bella Dally akan menemui kebahagiaanya nanti dan beliau akan kuat dalam menghadapi dugaan yang mendatang.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group