Semalam tular di laman sosial mengenai persoalan dari seorang pengguna Twitter, saudari @dylawok yang bertanyakan isu mengenai produk jenama dUCk oleh usahawan terkenal, Vivy Yusof.

Klip kertas yang berbentuk seperti penyangkut baju dengan rona rose gold itu dijual di AliExpress dengan harga USD5.37 manakala di laman web dUCk, klip kertas ini dijual dengan harga RM20 untuk 15 keping.

Jika dilihat pada reka bentuk dan juga warna produk tersebut, susah untuk membezakan yang mana satu produk keluaran dUCk atau belian pukal dari AliExpress. Persoalan ini telah dikemukakan oleh seorang pengguna Instagram pada salah satu post di Instagram Vivy Yusof. Pertanyaan tersebut telah dijawab sendiri oleh Vivy.

Vivy reply

Ianya satu perkara biasa di China meniru idea jenama terkemuka dan menjualnya kembali dengan harga yang jauh lebih murah. Apa pula pandangan anda?

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group