Single terbaru Bobo Di Mana hasil nyanyian usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna nampaknya tidak disukai ramai

Baru-baru ini, akaun TV Terlajak Laris telah memuat naik video lirik lagu Bobo Di Mana itu di laman YouTube namun apa yang mengejutkan adalah video tersebut mendapat lebih banyak ‘dislike’ daripada ‘like’ daripada rata-rata yang menontonnya sehingga mencecah 100,000 ‘dislike’.

Rata-rata netizen memberikan respon yang padat dengan komen-komen yang kurang menyenangkan setelah menonton video lirik lagu Bobo Di Mana itu.

“Bawak ii betaubat la PONDAN KATIK 😂”

“Ntah la kenapa yg lucinta tu over sgt gayanya😂”

“Asal suara macam nak terberak je,,nie mesti jenuh nak tune suara.”

“semua jantan kan dlm video ni. Oopsss 🙊”

Menurut Datuk Aliff Syukri, video rasmi lagu itu bakal dipertontonkan kepada umum tidak lama lagi dan menjelaskan ia menelan kos perbelanjaan yang sangat besar untuk menghasilkan video rasmi lagu tersebut.

 

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group