Rapper daripada Indonesia, Roy Ricardo telah tampil memberi reaksi beliau terhadap lagu Bobo Di Mana yang dikatakan telah meniru lagu yang beliau sendiri iaitu, Semalem Bobo Dimana.

Roy telah memuat naik satu video reaksi beliau untuk membezakan lagu Semalam Sahur Dimana yang dinyanyikan oleh Andi Bernadee dengan lagu Bobo Dimana yang telah dinyanyikan oleh Lucinta Luna, Dato’ Aliff Syukri dan Nursajat setelah ramai peminat meminta beliau menjelaskan berkaitan lagu Bobo Dimana itu.

“Tolong kembalikan 30 saat bermakna saya yang telah disia-siakan! Kepada Lucinta Luna yang telah memakai jargon saya, tagline saya dan lagu saya, saya ingin menyatakan yang lagu ini adalah lagu saya. Tolong minta izin saya dahulu sebelum menggunakannya”

Roy menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya ingin menggunakan lagu beliau dan wang juga bukan satu perkara besar bagi beliau namun yang menjadi masalah bagi beliau apabila Lucinta Luna, Dato’ Aliff Syukri dan Nursajat menggunakan lagu beliau tanpa meminta sebarang keizinan.

Seperti yang sebelum ini, Ande Bernadee menggunakan lagu beliau dengan digantikan judul tersebut kepada Semalam Sahur Dimana, beliau tidak menyalahi Ande Bernadee mahupun menyatakan Ande mencuri lagu beliau kerana sebelum menyanyikan lagu tersebut, Ande Bernadee terlebih dahulu meminta keizinan beliau untuk menggunakan lagu tersebut.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group