Juara Gegar Vaganza musim keempat , Aishah yang bakal melancarkan single terbaru beliau bertajuk “Malar” , baru-baru ini telah memberi kenyataan berkaitan peninggalan beliau dalam dunia politik.

Aishah berkata langkah paling baik ialah membuang segala toxic dalam kehidupan ditujukan kepada netizen yang sering berkata-kata negatif soal dirinya.

Beliau ingin memulakan kehidupannya dengan mecari ketenangan dan kebahagian tanpa perlu memikirkan persepsi orang ramai kerana bagi beliau lebih baik hidup dalam kalangan orang yang sayang dan hormati beliau daripada hidup dengan memikirkan persepsi orang.

Diharap Aishah dapat meneruskan karier seni beliau sebagai penyanyi dengan lebih baik selepas ini.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group