Pelawak dan pelakon komedi legend tanah air, Saiful Apek atau nama sebenar, Mohd Saiful Azam bin Mohamed Yusoff baru-baru ini telah berkongsi luahan hati di laman instagram miliknya.

Saiful Apek menyatakan meskipun beliau sering menghiburkan hati penonton setiap masa namun penonton sering membuat beliau menangis. Beliau berkata beliau tetap menghargai peminat yang masih menyokong karier beliau namun buat masa ini beliau ingin berehat.

Luahan hati beliau menunjukkan beliau sudah penat dalam karakter komedi yang dibawanya selama ini. Di samping itu beliau turut berkongsi luahan hati salah satu peminatnya di Instagram miliknya.

Dalam mereka menghiburkan kita semua , kita lupa bahawa mereka juga manusia yang mempunyai perasaan.Kita hanya tahu mengkritik setiap kesalahan mereka tanpa kita sedar kita telah melukai hati mereka.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group