Satu pementasan Tanah Akhirku mohon bantuan dana dengan majlis pembukaan pementasan untuk menampung kos produksi yang mencecah RM500,000.

Pementasan Tanah Akhirku mengisahkan perjalanan hidup gadis berasal dari Tanah Besar China, Yue Feng bersama adiknya ke Tanah Melayu akibat perang saudara yang meletus di China. Akan tetapi, dia dan adiknya mengalami kesukaran ketika bekerja di Tanah Melayu tapi dia memutuskan untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah Akhirnya kerana cinta terhadap Tanah Melayu makin menebal malah dia jatuh cinta dengan jejaka yang berbangsa melayu.

Menurut penerbit teater Mei Fen Lim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bakal memeriahkan Malam Gala Tanah Akhirku di Istana Budaya dan berharap sambutan majlis pengumpulan dana itu akan berjalan lancar.

aeril_zafrel_29_8_2018_10_25_8_28

Sejak Februari lalu, pencarian untuk mendapatkan tajaan tidak berjaya dan tiket malam gala dijual pada harga RM500 dan RM1,000 setiap satu. Tiket untuk pementasan malam berikutnya sehingga 2 September dijual pada harga RM40, RM60, RM110, RM150, RM200, RM250 dan RM350..

Pementasan Tanah Akhirku arahan Naque Ariffin dan Aloeng Silalahi membariskan pelakon Aeril Zafrel, Mei Fen Lim, Erma Fatima, Izzue Islam, Angeline Tan dan Nina Nadira.

Jangan lupa membeli tiket untuk menyokong persembahan teater ini.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group