Usahawan kosmetik, Safiey Illias akhirnya bersuara setelah sekian lama memendam rasa dan diam akan teguran yang diberikan oleh PU Amin berkaitan diri beliau.

Berikutan isu baru-baru ini yang mendedahkan sikap sebenar pendakwah tersebut, Safiey Illias mengambil kesempatan itu untuk turut bersuara dan membela diri beliau di laman Instagram namun telah dipadam beliau tempoh hari.

ig safiey illias

Beliau berkata, sebelum ini PU Amin telah memfitnah beliau dengan mengatakan golongan maknyah telah menari di hadapan anak yatim sedangkan perkara itu dilakukan di sebelah malam iaitu setelah anak-anak yatim tersebut pulang.

“Sori lah tak tahu lah betul ke fitnah ke, PU ni pun penah fitnah saya cakap masa Majlis bersama anak yatim ada mak nyah menari depan anak yatim, program mereka waktu petang.”

“Mereka dh balik dan turun bawah beli baju baju sebab happy dapat duit raya.Program mak nyah menari tu waktu malam di sesi program lain.”

Sebelum ini,PU Amin telah menegur golongan LGBT terutama sekali Safiey Illias menerusi laman sosial milik beliau dan mengatakan cara tersebut paling berkesan dek kerana masyarakat sekarang yang tidak gemar ke masjid dan mendengar ceramah yang disampaikan disana.

Kesabaran seseorang pasti ada hadnya juga dan begitu juga dengan Safiey Illias yang mungkin sudah lama memendam rasa dan tidak dapat menahan sabar lagi apabila seringkali dikritik tanpa usul periksa terlebih dahulu.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group