Berikutan gosip yang tular dilaman sosial mengenai foto mesra Ismail Izzani dan Zarina Ann Joulie, Fathia Latiff yang turut terkesan dari penyebaran gambar tersebut mengatakan bahawa gambar tersebut dimuat naik atas permintaan Zarina Ann Joulie.

Fathia mengatakan bahawa Zarina meminta bantuannya berikutan ingin mencari Ismail disebabkan ismail tidak membayar bil hotel bersama seorang temannya sebelum ini.

Akan tetapi, Fathia dikaitkan mempunyai hubungan dengan Ismail disebabkan gosip tersebut.

Fathia menegaskan bahawa Ismail bukanlah taste beliau dan jika beliau ingin mencari pengganti, beliau takkan memilih Ismail.

Apa-apa pun semoga isu ini akan terlerai dengan segera. Janganlah kita cepat syak wasangka akan hal yang belum kita ketahui kebenarannya.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group