Penyanyi dan pelakon Dr. Soo Wincci baru sahaja menerima ijazah sarjana keduanya dan pastinya kejayaan beliau akan menjadi inspirasi kepada remaja diluar sana.

Beliau menerima ijazah sarjana kedua dalam jurusan Inovasi & Teknologi Dalam Produksi Muzik pada majlis konvokesyen yang diadakan di Kolej Berkelee Kampus Valencia, Sepanyol semalam.

My Second Master Graduation from my dream school @berkleevalenciacampus what's different for this time is that I Am Alone By Myself in Spain but thank you for all the wishes online, I need to go to the graduation hall now =) will post more pics later for u all ! 我的第二个硕士毕业典礼,这次不同的是一个人在西班牙,感谢大家的祝福, 好了要进场了,待会再分享我的毕业照片吧! Konvo Utk Master Ke 2 Wincci drp sekolah idaman Wincci @berkleevalenciacampus , kali ni seorang kat Spain, jutaan penghargaan atas ucapan drp anda semua , Wincci kena pergi ke dewan dah, nanti akan post lebih gambar ! #MasterInMusicProductionTechnology&Innovation #MPTI #Graduation #Inwinccible #InwinccibleMusic #Inwinccible360 #Berklee #BerkleeValencia #Valencia #Spain #Convo

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

Melalui catatan di Instagram beliau, Berklee merupakan kolej idaman beliau dan beliau berasa teruja kerana berjaya menamatkan pengajian di kolej ternama tersebut.

Sebelum Ini, beliau merupakan graduan undang-undang University of Reading, United Kingdom (UK) dan memiliki ijazah sarjana dalam perniagaan daripada University of Sunshine Coast, Australia.

Semoga kejayaan Dr. Soo Wincci akan menjadi pembakar semangat kepada remaja diluar sana untuk mencapai kejayaan dengan berusaha bersungguh-sungguh. Jika kita berusaha pasti akan berjaya.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group