Dr. Soo Wincci nama yang tidak asing lagi dalam industri, beliau berkongsi pengalaman beliau ketika beliau menjadi pelajar di kolej muzik berprestij Berklee di laman sosial Instagram beliau semalam.

Melalui catatan tersebut, Soo Wincci mengatakan bukanlah perjalanan yang mudah untuk masuk ke dalam kolej tersebut dan banyak dugaan yang harus dihadapi serta harus berusaha dengan bersungguh-sungguh demi segulung ijazah sarjana.

Beliau juga mengatakan bahawa kita harus bekerja keras untuk mencapai tahap yang terbaik dan kekal merendah diri untuk memberi inspirasi kepada dunia dengan seni.

Tak ada benda yang mustahil di dunia ini jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Selagi masih berpeluang untuk mengejar impian dan cita-cita, maka kejarlah hingga ke manara gading.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group