Drama Jangan Benci Cintaku yang mendapat banyak reaksi daripada peminat bahkan rakan selebriti yang telah berakhir baru-baru ini telah berjaya mencapai 12 juta penonton hasil lakonan mantap daripada barisan pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Amelia Henderson dan ramai lagi.

Drama yang berkisahkan cinta tiga segi antara Fika, Husna dan Shah hasil terbitan Suhan Movies ternyata dapat merebut hati penonton apabila konflik antara Fika, Husna dan Shah dalam hal rumah tangga boleh dikatakan relevan pada masa sekarang dimana kebanyakan ramai wanita zaman sekarang yang menaruh perasaan kepada suami orang.

zahirahmacwilson_38072649_308160336588456_5775941920253542400_n

Siti Nurlisia, Pengurus Besar , Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9 itu berkata, keberkesanan lakonan pelakon utama dalam drama tersebut, Zahirah Macwilson, Saharul Ridzwan dan Niena Baharun memang sangat meninggalkan kesan dan mempengaruhi emosi penonton drama tersebut.

“Sering jalan cerita drama yang disiarkan menerusi slot Akasia dilabel sebagai klise. Namun, kejayaan Jangan Benci Cintaku yang berakhir tayangannya Selasa lalu ternyata membanggakan kami.”

“Drama ini mengasak emosi penonton hingga ia menjadi tular dan trending di media sosial ketika bersiaran gara-gara keberkesanan lakonan tiga pelakon utamanya itu.”

Beliau berkata lagi, watak Husna yang dilakonkan Niena Baharun itu paling banyak menerima kritikan dan tohmahan netizen bukan sahaja di dalam televisyen bahkan di dunia nyata juga Niena Baharun turut mendapat impak dari drama tersebut.

Berakhirlah sudah drama Jangan Benci Cintaku dan kini slot akasia menggantikan drama tersebut dengan drama terbaru, Cinta Bukan Kristal lakonan Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad dan Nina Iskandar.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group