Berikutan insiden baru-baru ini, dimana Haqiem Rusli telah merampas mikrofon seorang peserta I Can See Your Voice yang menyebabkan ramai netizen mengecam beliau, Haqiem Rusli tampil memberi kenyataan.

Akiem

Haqiem Rusli berkata perkara itu sememangnya konsep dalam program tersebut yang menyuruh beliau menjadi watak yang ‘gila-gila’ dan kelakar.

“Bagi saya, netizen bercakap kerana tidak tahu konsep program itu, lagipun sebelum saya naik ke atas pentas, panel lain pun ada suruh saya pergi betulkan cara nyanyian peserta itu.”

Berhubung itu, Haqiem Rusli juga menyatakan beliau sudah tidak ambil peduli apa yang diperkatakan netizen kerana walau apa pun yang dilakukan beliau pasti netizen akan mencari silap beliau.

“Saya dah malas, nak kecam kecamlah…saya dah tak kisah.”

“Benda nak fun-fun je tapi tulah bila saya dah pernah buat silap sekali apa yang saya selepas itu memang akan orang benci tapi sekarang saya dah lali.”

Haqiem Rusli juga menjelaskan bahawa beliau telah menghubungi peserta tersebut melalui direct message (DM) di Instagram dan sempat berbalas mesej sehingga pengakhirannya mereka berdua saling meminta maaf.

“Selepas tahu benda itu saya terus DM dia kat Insta sebab jumpa insta dia, dia pun mesej saya panjang dan pengakhirannya kami sama-sama minta maaf. Perkara ini pun dah settle.”

Dek kerana kesilapan yang dilakukan beliau sebelum ini, netizen pasti akan mengingati kesilapan beliau sahaja sehingga bila-bila tanpa memandang dari sudut positif.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group