Baru-baru ini nama Ellie Suriaty menjadi buah mulut dan kecaman netizen apabila beliau menzahirkan sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau menafikan dakwaan netizen bahawa beliau dibayar oleh pihak tertentu berhubung tindakannya.

Beliau mengatakan sokongan yang beliau berikan kepada Najib merupakan sokongan yang bersifat perjuangan untuk menegakkan keadilan tanpa mengharapkan sebarang balasan dan beliau tidak dibayar untuk menyokong Najib.

Ellie mula memberikan sokongan kepada Umno selepas kerajaan Barisan Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu serta beliau bimbang dengan nasib bangsa Melayu di bawah pimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Kepada netizen, berhentilah menghentam Ellie, ini kerana beliau sebagai rakyat Malaysia, beliau juga mempunyai hak kebebasan untuk menyokong sesiapa pun.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group