Penyanyi Ernie Zakri mengambil keputusan untuk keluar daripada pengurusan FMC Music selepas lapan tahun dibawah pengurusan terbabit dan bersama syarikat pengurusan yang baru, Rocketfuel Entertainment.

Dia menafikan bahawa terdapat pertelingkahan dengan syarikat pemgurusan FMC Music dan keputusan yang diambil tidak ada kena mengena dengan kontroversi yang membabitkan dia dan Haqiem Rusli sebelum ini.

Dia mendapat tawaran yang lebih baik bersama Rocketfuel Entertainment dan dia sudah bernaung di bawah label Rocketfuel Entertainment sejak dua minggu lalu dan dia juga dilantik sebagai guru vocal untuk rancangan realiti Big Stage.

Perpindahan syarikat pengurusan merupakan perkara biasa, mungkin netizen diluar sana tidak perlu untuk membuat sebarang spekulasi yang Ernie menukar syarikat pengurusan disebabkan mempunyai masalah dengan syarikat pengurusannya.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group