Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon, Ben Ladin yang keluar dengan Single Hikayat Benladin dikatakan ditujukan khas kepada individu tertentu dalam industri muzik.

Namun, dia menafikan dakwaan dakwaan tersebut dan lagu tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa dan berdasarkan tajuk lagu sudah jelas ‘mengisahkan tentang kehidupan dirinya’.

Lagu tersebut merupakan karya ciptaan Malique dan Dedeq ini mencetuskan kontroversi pada peminat muzik tanah air kerana dikatakan lagu tersebut ditujukan kepada penyanyi rap Altimet.

Dia tidak merasakan dia digunakan sebagai alat perang oleh Malique seperti yang dikatakan oleh orang ramai yang beranggapan lagu tersebut seperti membalas lagu ciptaan Altimet yang berjudul ‘Mambang’.

Siapa makan cili dia terasa pedas. Kepada netizen diluar sana janganlah bersangka buruk dan mengapi-apikan hubungan mereka.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group