Baru-baru ini kecoh di laman sosial Twitter mengenai seorang gadis dan rakannya diserang Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie yang mabuk ketika menari hingga melanggar mereka dan menumpahkan minuman.

Perkongsian tersebut dikongsi oleh seorang individu yang screenshot instastory milik gadis yang dikenali sebagai Eka Zahidin meluahkan rasa ketidak puasan hatinya di laman sosial Instagramnya.

Eka juga mendedahkan dalam insta story miliknya bahawa, Fathia yang berada dalam keadaan mabuk bertindak menyelak bajunya sehingga menampakkan payudaranya. Eka dan rakannya kemudian dimarahi oleh Zarina yang seperti gangster.

Selain itu, Eka juga mengatakan bahawa Zarina telah meludah kepadanya dan rakan ketika pergaduhan itu berlaku.

Kontroversi yang melibatkan Fathia dan Zarina semakin menjadi-jadi dan mencemarkan imej orang yang bertudung. Mungkin orang terdekat dengan mereka boleh menasihati mereka?

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group