Pelakon, Fattah Amin didakwa telah menipu agen-agen produk kesihatan, MRP Sup DIET & Berrytox yang diusahakan oleh beliau sendiri di bawah syarikat milik, MRP International Sdn Bhd.

maxresdefault

Agen-agen tersebut mendakwa mereka berasa tertipu dengan Fattah Amin apabila mereka yang sudah melaburkan banyak wang namun produk tersebut tidak dapat jual dek kerana Fattah yang tidak lagi aktif mempromosikan produk kesihatan tersebut.

Fattah Amin yang terkejut dengan dakwaan tersebut menafikan sekerasnya dakwaan yang dibuat oleh mereka dan tampil menjelaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menipu peminat mahupun penyokong beliau dan  akui akan mencari penyelesaian terhadap isu tersebut.

“Saya terkejut dengan tuduhan ini. Saya tidak akan menipu peminat dan penyokong saya dengan mempromosikan sesuatu yang saya sendiri tidak percaya. Saya sedang bekerjasama dengan Universal Music untuk menyelesaikan masalah ini. Sebarang kenyataan rasmi tentang isu ini, akan saya berikan melalui pihak pengurusan.”

Pihak Fattah dan peguam yang dilantik bakal memantau dan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan ini.

Setelah didakwa pihak beliau bersikap lepas tangan terhadap isu ini, Fattah juga menjelaskan bahawa pihak beliau sentiasa memandang serius tentang beberapa urusan yang dilakukan tanpa kontrak rasmi atau dalam pengetahuan pihak peguam.

“Pihak kami memandang serius tentang beberapa urusan yang dilakukan tanpa kontrak rasmi dan akan terus memantau dan berusaha menyelesaikan isu ini.”

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group