Fazura menzahirkan rasa kurang senangnya terhadap perbuatan meminta bayaran untuk ucapan seperti yang dilakukan oleh Janna Nick baru-baru ini.

Sebelum ini, kecoh di laman sosial apabila Janna Nick menawarkan khidmat ucapan berbayar dan berikutan itu pelbagai reaksi daripada banyak pihak diterima oleh Janna Nick.

Menurut Fazura, perkara tersebut tidak adil kerana tanpa peminat siapalah diri seseorang selebriti itu.

Bagi Fazura, jika meminta bayaran untuk memberikan ucapan sebegitu, ianya tidak kelihatan ikhlas dan tindakan seperti itu membebankan peminat.

Pada pendapat anda, adakah wajar untuk membayar sejumlah wang untuk mendapatkan ucapan daripada selebriti?

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group