Pelakon dan penerbit, Boy Iman baru-baru ini telah mendapat komen pedas daripada netizen apabila beliau telah memuat naik sekeping gambar berpelukan dengan penyanyi dangdut, Ifa Raziah di laman Instagram.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan sikap mereka yang berpelukan itu dek kerana mereka berdua memegang status sebagai suami dan isteri orang. Kelakuan seperti itu dapat mengundang pelbagai spekulasi daripada orang ramai dan mereka juga dianggap tidak menghormati agama.

“Gila ka apa. Peluk bini orang. Kuang ajaq na ampa.”

“Astagfirullahalazim.Tu bini org haram peluk-peluk. Niat tak menghalalkn Cara.. Anggap sebagai kakak tak menghalalkan untuk peluk-peluk suka hati.”

“Artis macam bangang macam korang la yg menjahanam imej Islam… hanya pada nama kayu.”

mostly artis di mlysia ni sampah…islam ic je mmg cmni.ko kecik dlu xsekolah kafa ke??yg si ifa tu pun 1.xrase bersalah ke bg org peluk gini??ke mmg laki ko suke sibat?”

Adegan berpelukan itu juga dilabelkan sebagai sampah di kalangan artis Malaysia yang tidak tahu membezakan hukum halal dan haram dan artis Malaysia yang sentiasa melakukan perkara tersebut tanpa rasa bersalah dan berdosa dari segi agama.

Walau apa pun yang dikatakan oleh Boy Iman di laman Instagram beliau namun perkara itu tidak sedikit pun menghalalkan perbuatan beliau bersama Ifa Raziah.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group