Daiyan Trisha memperjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menipu sesiapa berikutan gimik yang dilakukannya untuk mempromosikan lagu baharunya dengan mengatakan bahawa dia akan berkahwin pada tarikh 19 Ogos lalu.

Dia mengatakan bahawa dia berasa hairan kerana netizen menyamakan gimik yang dilakukan sama seperti gimik yang dilakukan oleh Haqiem Rusli, sedangkan dia tidak menggunakan isu mental mahupun memalukan sesiapa tapi ianya hanya bertepatan dengan konsep lagu yang dibawanya.

19.08.2018

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha) on

Dia juga mengatakan bahawa dia mempunyai alasan kukuh kerana sudah mula memuat naik bayangan mengenai lagu meraikan dua hati yang berkonsepkan perkahwinan sejak Julai lalu.

Rasanya mungkin penyanyi-penyanyi diluar sana boleh berhenti membuat gimik yang keterlaluan untuk mempromosikan lagu mereka. Apa-apa pun moga maju jaya!

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group