Band Punk Rock, Bunkface ingin menganjurkan kempen khas Kibar Jalur Gemilang bersempena dengan bulan Kemerdekaan yang bakal tiba tak lama lagi.

Sam selaku vokalis kumpulan tersebut mengatakan bahawa dia sebagai pemuzik menggunakan muzik untuk menarik minat generasi baru mengibarkan Jalur Gemilang.

Jalur Gemilang merupakan satu daripada lambang kebanggaan negara dan semangat mengibarkan Jalur Gemilang dalam kalangan generasi muda kini kian hilang, ujar Sam.

Bunkface akan mengeluarkan lagu terbaharu berjudul Kita Punya Malaysia, ciptaan Sam yang akan dilancarkan pada 4 Ogos, dimana lagu tersebut akan diangkat sebagai lagu tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Sebagai generasi muda, seharusnya kita mengembalikan dan membawa semangat kemerdekaan untuk kita menghargai pengorbanan perjuangan nenek moyang kita untuk memberikan kemerdekaan kepada kita.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group