Kempen untuk mengumpul dana RM2 juta daripada orang ramai yang berakhir 31 Julai yang lalu untuk membiayai projek filem arahannya berjudul Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen kurang mendapat sokongan orang ramai.

Bront Palarae mengatakan dia tidak tahu mahu berasa kecewa atau sedih kerana hasil kutipan sumbangan yang terkumpul sebanyak RM25,000 sedangkan kos keseluruhan filem itu mencecah RM4.5 juta.

Sokongan yang kurang memberansangkan dari orang ramai tidak membuatkan pihaknya patas semangat untuk meneruskan kempen Pitchin itu.

Kempen Pitchin itu akan dilanjutkan hingga menjelang sambutan Hari Kemerdekaan yang akan tiba tak lama lagi.

Jika berjalan lancer, filem itu akan mulakan penggambaraan pada bulan Januari tahun hadapan dan filem tersebut akan menemuai anda pada musim sambutan kemerdekaan tahun depan.

Adakah anda mahu filem yang mempunyai kualiti ini tidak ditayangkan? Jika anda ingin menyumbang dana anda boleh melayari laman web ini.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group