Berikutan isu Ismail Izzani sombong yang didakwa oleh seorang jurugambar, Ismail Izzani menjawab kenyataan tersebut di laman sosial Twitter.

Menurutnya, dia tidak menyedari akan pelawaan jurugambar tersebut untuk mengambil gambarnya ketika di Kuala Lumpur Fashion Week.

Dia juga mengatakan bahawa dia tidak peduli jika mahu mengatakan dia sombong kerana dia lebih mengetahui perihal dirinya dan dia takkan bersikap sedemikian rupa.

Dia juga memohon maaf kepada jurugambar tersebut.

Mungkin betul kata Ismail Izzani yang dia tidak perasan, apa-apa pun mungkin di masa akan datang mereka boleh bekerjasama?

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group