Stadium Malawati Shah Alam dibanjiri lebih daripada 7,000 peminat K-Pop bersempena dengan Festival Muzik K-Wave edisi ketiga semalam.

Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu menampilkan tujuh selebriti Korea Selatan yang membuat persembahan iaitu FT Island, Monsta X, EXID, AOA, Boyfriend, Jeong Se-woon, WJSN.

photo_2018-08-19_16-20-26

Kumpulan wanita WJSN membuat persembahan pembukaan dengan persembahan yang bertenaga dan memukau. Lagu yang dipersembahkan ialah Dreams Come True, Secret, I wish dan Starry Moment.

WJSN 1

Persembahan yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat ialah kumpulan K-Rock FT Island yang merupakan kumpulan terakhir membuat persembahan pada konsert tersebut dan persembahan tersebut memukau para peminat mereka. 6 lagu yang dipersembahkan oleh mereka ialah PRAY, Out of Love, Summer Night Dream, Champagne, The Night dan Take Me Now.

FTISLAND 1

Selain itu, kumpulan wanita yang menjadi kegilaan ramai iaitu EXID mempersembahkan lagu LADY, DDD, Night Rather Than Day, Ah Yeah, Hot Pink dan UP & DOWN dengan gerak tari yang seksi.

EXID 1

Suasana bertambah meriah dengan persembahan dari kumpulan lelaki Boyfriend yang menyanyikan lagu Star, Obsession, I’ll be there, dan I Yah.

BOYFRIEND 2

Kumpulan lelaki Monsta X memikat ramai orang dengan persembahan lagu DRAMARAMA, From Zero, White Love, Be Quiet, Special dan Jealousy.

MONSTA X

Bagi kumpulan wanita AOA yang mempamerkan pergerakan tarian yang bertenaga mempersembahkan lagu Bingle Bangle, Excuse Me, Bing Bing, Like A Cat, Miniskirt, dan Heart Attack.

AOA2

Jeong Se-woon yang merupakan satu-satunya penyanyi solo memukau orang ramai dengan suaranya yang merdu dengan mempersembahkan lagu 20 SOMETHING, Toc,toc, Irony, dan Just U.

JSW 2

Festival Muzik K-Wave 3 dibawa untuk anda oleh Mcalls dianjurkan oleh MacpiePro dan dianjurkan bersama oleh MSR.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group